Syukur kehadrat Ilahi di atas anugerahnya yang paling indah..
Aku dah bergelar Mummy pada tanggal 21.12.2010 dilahirkan di PMC..
Tak tergambar perasaan gembira itu walaupun bersalin secara ceasar..
Aku dpt baby gurlz yang diberi nama Nurul Shazreen Amani Bt Mohd Shafizan..
Berat baby 3.5..
Kegembiraan turut terpancar diwajah suami tersayangku, mak, abah, tok dan seluruh ahli keluargaku...
Aku yakin kehadiran puteri Amani akan memberikan lebih kegembiraan buat seluruh keluargaku...
Detik-detik melahirkan Amani..
Sepatutnya due date adalah 3 Jan 2011..
Disebabkan berat badan aku naik mendadak sbyk 4 kg selama smggu
Aku terpaksa mnjalani rawatan susulan setiap hari utk meastikan tekanan darah aku dlm keadaan ok..
Pg 21.12.2010 aku ke KKDesa Kg Surau..
Nurse tu ckp kalo berat badan naik mndadak mcm neh, kaki bengkak boleh mnyebabkan aku kena penyakit tarik..
Dan baby akan lemas sbb kekurangan oksigen...
Balik ja dr KKD aku terus ajak Hubby p check up kat PMC..
Lps check up dgn Dr Anuar, dia kata aku kena bsalin hari ni jugak sbb air ketuban aku dh kurang..
Dan bahaya utk kandungan..
Mulanya Dr ckp aku boleh bsalin normal sbb dia akn msukkan ubat,
Ubat yang permata dimasukkan kira2 jam 3 ptg...
Lps lima jam dlm pukul 8 mlm, ubat yg kedua dimasukkan..
Tp yg menyedihkan nurse ckp pintu rahim aku xterbuka...
Tekanan darah makin naik, dan ujian air kencing menunjukkan air kencing aku kotoq..
Pukul 10 mlm, Dr Anuar mai melawat dan ckp aku mmg kena ceasar..
Huh mmg luruh jantung dibuatnya sbb aku mmg impikan nk bsalin normal...
Dr cakap kalo dibiaqkan tekanan darah akan terus naik dan aku boleh kena penyakit tarik...
Nak tak nak kena pasrah jugakla...
10.20 mlm, aku dibawa kebilik operation..
Time tu mmg sungguh2 berdebar dan hanya bertawakkal sahaja la...
Aku mnta izin dekat Dr utk benarkan Hubby aku masuk sama...
Syukurlah Hubby dibenarkan masuk...
Tepat jam 10.38 mlm dengarlah tangisan puteri sulung aku...
Terasa sgt2 terharu, gembira, seday dan mcm2 perasaan..
Syukurlah padamu Allah kerana mengurniakan aku dan suami zuriat yg sempurna, comel dan cukup sifat...
Dalam jam 11 mlm aku dibawa keluar dr bilik operation...
Alhamdulillah smuanya sudah selamat dan aku bersama suami sudah bergelar
MUMMY DAN DADDY....
Satu pengalaman yang sgt menggembirakan dan sgt2 ternilai dalam hidup kami....
![]() |
| Amani Permata Hatiku |
![]() |
| Kaulah Anugerah Terindah Mummy & Daddy |

